Daily monitoring

All Intelligence

Published Malaysian scam and cybersecurity developments supported by official or authoritative evidence.

Monitored dailyPublication requires deterministic evidence gates.
Scam Intelligence

Confirmed Malaysian scam developments, official warnings and what consumers should do next.

Open section →
Cyber Alerts

Actionable vulnerability and active-exploitation alerts supported by authoritative records.

Open section →
Breaches and Incidents

Confirmed breaches and security incidents, who is affected and what remains unknown.

Open section →
Regulation and Enforcement

Malaysian regulatory, enforcement and public-safety developments explained clearly.

Open section →
Practical Guides

Practical steps drawn from authorities, affected organisations and official vendor guidance.

Open section →
Daily/Weekly Briefings

Daily monitoring roundups and weekly action briefings for Malaysian consumers and SMEs.

Open section →
Community Discussion

Discuss published alerts, ask questions and suggest official sources. Submissions are not treated as evidence.

Open discussion →

Published only

Latest alerts and briefings

Scam Intelligence Verified Officially confirmed

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: AWAS PENIPUAN PEMBANTU RUMAH!

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan pembantu rumah yang menggunakan taktik memperdaya mangsa dengan meminta pelbagai bayaran dan kos penggantian sebelum pembantu rumah dihantar bekerja. Sebelum membuat sebarang urusan, orang ramai disarankan supaya menyemak status agensi melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia serta menyemak nombor telefon dan akaun bank dengan melayari portal, https://semakmule.rmp.gov.my atau memuat turun aplikasi "Semak Mule CCID" melalui Google Play. Sekiranya menjadi mangsa penipuan, segera hubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997, maklumkan kepada pihak bank bagi menghentikan transaksi dan tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scam Intelligence Verified Officially confirmed

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: WASPADA PELABURAN TIDAK WUJUD!

Kebelakangan ini, semakin ramai masyarakat termasuk pesara menjadi mangsa penipuan pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dalam masa singkat. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan. Semak dahulu kesahihan syarikat dan platform yang ditawarkan sebelum membuat sebarang transaksi. Ingat, jika sesuatu tawaran kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, kemungkinan besar ia adalah satu penipuan. Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scam Intelligence Verified Officially confirmed

#JomBeringat #BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether AWAS! PENIPUAN MENYAMAR SEBAGAI GURU

"Scammer" kini semakin licik apabila menyamar sebagai guru dan menyasarkan ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp. Suspek menggunakan identiti guru sebenar dan menghantar kod QR pembayaran palsu bagi memperdaya mangsa untuk membuat bayaran ke akaun mereka. Jangan mudah terpedaya, sentiasa buat pengesahan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang dengan menghubungi nombor asal individu berkenaan dan menyemak nombor akaun penerima. Elakkan mengimbas kod QR yang meragukan, jangan berkongsi maklumat peribadi dan laporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjadi mangsa. Ingat, berwaspada adalah benteng terbaik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scam Intelligence Verified Officially confirmed

PDRM PESAN: BAYAR RM350 UNTUK TERIMA RM30,000? ITU PENIPUAN!

Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta bayaran “deposit keselamatan” kononnya bagi membolehkan wang tunai RM30,000 dicairkan. Ingat, BNM tidak akan meminta sebarang bayaran deposit atau pemindahan wang ke akaun peribadi. Jangan buat sebarang pembayaran, hentikan komunikasi serta-merta dan semak nombor telefon atau akaun bank yang mencurigakan melalui portal Semak Mule di https://semakmule.rmp.gov.my. Jika menjadi mangsa, segera hubungi NSRC 997 atau buat laporan di balai polis berhampiran. Jangan mudah terpedaya. Semak dahulu sebelum bertindak.

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scam Intelligence Verified Officially confirmed

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether SENARAI NOMBOR AKAUN BANK DAN TELEFON KES PENIPUAN JENAYAH ATAS TALIAN

Senarai nombor akaun bank dan nombor telefon ini dikenal pasti terlibat dengan kes penipuan jenayah atas talian berdasarkan laporan polis yang diterima dalam tempoh sebulan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi atau OTP, membuat semakan melalui portal Semak Mule sebelum sebarang transaksi serta abaikan sebarang panggilan atau mesej mencurigakan. Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi di pautan berikut, https://semakmule.rmp.gov.my Semak sebelum kena, elak jadi mangsa penipuan! Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scam Intelligence Verified Officially confirmed

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTINGS PILIHAN] NSRC 997: TALIAN HARAPAN MANGSA 'SCAM'

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), menyelaras tindakan pantas bersama Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Malaysian Communications and Multimedia Commission, National Anti-Financial Crime Centre serta institusi perbankan dan telekomunikasi untuk melindungi rakyat daripada kerugian akibat 'scam'. NSRC beroperasi 24/7 termasuk cuti umum. Segera hubungi 997 jika menjadi mangsa 'scam'. Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scam Intelligence Verified Officially confirmed

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [VIDEO PILIHAN] SCAM ALERT: KELDAI AKAUN

“Scammer” kini semakin licik memperdaya orang ramai dengan menjadikan akaun bank atau e-wallet sebagai tempat transit wang haram, sama ada secara sedar mahupun tidak. Antara modus operandi yang digunakan ialah menawarkan kerja mudah, meminjam akaun untuk transaksi sementara serta meminta maklumat atau kata laluan perbankan. Sebagai pemegang akaun, anda bertanggungjawab memastikan keselamatan akaun bank anda sentiasa terpelihara dan tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scam Intelligence Verified Officially confirmed

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether POSTING PILIHAN: AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI KENALAN

Scammer kini semakin licik apabila menyamar sebagai kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja untuk meminjam wang secara tergesa-gesa. Taktik ini sering digunakan bagi menimbulkan rasa panik dan mendesak mangsa supaya membuat transaksi tanpa berfikir panjang. Jangan mudah terpedaya. Sentiasa buat pengesahan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang dengan menghubungi nombor asal individu berkenaan serta menyemak nombor akaun penerima. Sekiranya berdepan situasi mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan, laporkan segera kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997. Sumber: Polis Negeri Sembilan

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scam Intelligence Verified Officially confirmed

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether [POSTING PILIHAN] SCAM ALERT: STATISTIK PENIPUAN TAWARAN PEKERJAAN SAMBILAN

Kes penipuan tawaran pekerjaan sambilan bermula Januari sehingga Mac tahun 2026, dengan 1,537 kes dilaporkan dengan kerugian sebanyak Rm 31.8 juta. Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan kesahihan setiap tawaran pekerjaan yang diterima sebelum berkongsi maklumat peribadi atau membuat sebarang bayaran. Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Cyber Alerts Verified Officially confirmed

MA-1467.062026: MyCERT Advisory - High-Severity Vulnerabilities in NGINX

Recently, F5 has released an out-of-band security update to address a use-after-free vulnerability in the ngx_http_v3_module (CVE-2026-42530) and a heap-based buffer overflow vulnerability in the ngx_http_proxy_v2_module and ngx_http_grpc_module (CVE-2026-42055) affecting NGINX.

Checked 01 Aug 2026 1 evidence record View alert
Scroll for more intelligence